Apabila melihat seorang doktor yang sangat komited dengan tugasannya , saya sering tertanya-tanya, apakah yang bermain dalam fikirannya, bagaimanakah dia melihat profession seorang doktor?
Ini beberapa perkara yang dapat saya rumuskan.
Belajar lebih penting dari
bersiar-siar. Anda perlu belajar apa yang anda tidak tahu dan mengulangkaji apa
yang anda lupa.
Anda tidak kisah untuk belajar
walaupun in the hardest ways. Kadangkala anda dimarahi MO atau specialist untuk
mendapat satu perkataan ilmu baru!
Keseronokan ialah apabila anda
mampu memberi yang terbaik kepada pesakit anda berdasarkan ilmu pengetahuan
yang betul dan diiktiraf oleh mereka yang pakar.
Keseronokan ialah apabila anda dapat
aplikasikan apa yang anda pelajari kepada pesakit anda.
Keseronokan ialah apabila anda
dapat selesaikan persoalan teman-teman ada tentang apa sahaja management
pesakit.
Anda tidak melatah jika
datang new cases. Anda gembira menyambut pesakit anda. Anda ibaratkan mereka
seperti ahli keluarga anda yang datang untuk menghilangkan penderitaan mereka.
Anda tidak kisah jika malam atau hari anda berjaga di ward penuh dengan pesakit atau new admissions.
Anda hanya mahu berikan yang terbaik untuk mereka.
Anda tidak culas dalam melaksanakan tugasan anda. Perubatan ialah satu pekerjaan berpasukan.
Anda tidak sampai hati untuk curi
tulang atau tidur ketika rakan anda sedang bertungkus lumus clerking new cases. Anda tidak meninggalkan rakan pasukan anda ketika kerja anda sudah selesai.
Ihsan atau rasa diperhatikan Allah
menjadi prinsip anda.
4.