Saturday, August 27, 2016

Dengue fever

25/8/2016 thurday

Discussion with dr sabeera, paeds consultant iphkl.

Question:

Dengue fever patient, day 4 of illness, suddenly c/o abdominal pain in ward.

What will you do?

1. Think of shock first. Shock decreases blood supply to other organs and only supply vital organs such as heart and brain.

This leads to messentric ischemia. Leads to abdominal pain.

Check the vital signs. If suggestive of symptoms of shock, start iv bolus normal saline or ringer lactate 20ml/kg. Rate of infusion depends on bp. If hypotensive run over 15-30 minutes.

...

You can repeat iv bolus of crystalloid up to 3 times. Then can change to colloid.

...

Rashes in dengue : maculopapular rash, itchy, more over lover lomb, persists up to 3 days, appears as islands of white in the sea of red. Usually occurs during recovery phase.

...

Dont forget to take gxm for blood transfusion if condition does not improve after iv bolus.

Common site of bleeding is in the stomach.

Watch out for brown colour vomiting.

Sunday, February 7, 2016

Bersihkan diri di rumah Allah selepas kerja.

Di hospital si ghuraba terdedah kepada benda haram dan syubhat.

Mengumpat.

HO mengumpat MO.

HO mengumpat sama HO.

SN mengumpat patients.

Bila si ghuraba join dengar sekali dan layan si ghuraba juga dapat saham pahala. Apatah lagi bila si ghuraba menambah garam dan perisa ketika majlis makan daging manusia.

Kan mengumpat ibarat kita makan daging saudara kita?

Melihat aurat.

Pesakit dalam ward pakai pakaian ringkas saja. Aurat memang selalu terdedah. Bukan senang untuk tidak pandang pada aurat kerana tugasan memerlukan kita berhadapan dengan pesakit.

Menyentuh peaakit wanita.

Dari procedure yang ringkas seperti ambil darah, periksa pulse manually, sehingga pemeriksaan speculum, vaginal examination, atau assist semasa dalam ot. Doktor tidak boleh mengelak. Tapi doktor boleh minimumkan setakat yang perlu.

Solat.

Terutama ketika hari yang sibuk. Solat boleh jadi lewat atau luar waktu jika tidak kena gaya.

Balik dari tempat kerja banyakkan istighfar. Kita mungkin secara sengaja atau tidak terlibat dengan yang dia atas.

Hadir ke rumah Allah. 'Bersihkan diri' di rumah Allah dengan solat, istighfar dan sedekah.

Doa semoga dijauhkan dari melakukan maksiat.

Friday, February 5, 2016

Rasa masjid.

Surau Al Wardah , AU 3
Nampak bumbung saja sebab letaknya di lembah.

 
Surau Al Wardah antara beberapa pilihan surau dan masjid yang ada di AU 3. Lebih kurang 100 meter dari tempat tinggal si ghuraba.

Surau ini dikelilingi 6-7 blok apartmen. Waktu puncak solat (solat maghrib) sekitar 3 baris saf penuh. Itu sebelum tolak pelajar2 tahfiz yang sentiasa berjemaah di sini.

Majlis ilmu dan tazkirah boleh dikatakan ada setiap malam.

Bau wangi masjid ni mengingatkan si ghuraba kepada Masjid Al Jamal di Mansurah. Ketenangan yang sama si ghuraba rasakan.

Sebagaimana makanan, setiap masjid juga ada 'rasa' yang berbeza antara satu dengan yang lain. Allahu a'lam ,itu apa yang si ghuraba rasa.

"Tuhan, jangan Engkau palingkan hati kami selepas Engkau beri hidayah pada kami."


Doktor, sihatkah?

Si ghuraba bekerja shif malam hari ini. 

Masuk bekerja pukul 7 malam sampai 11 pagi esoknya.

Pagi ini si ghuraba ada banyak masa lapang. 

Si ghuraba ambil kasut sukan, hidupkan enjin kereta dan ke taman rekreasi AU2. 

Jogging.

...

Kerja si ghuraba tidak tentu masa. Kadang pagi pukul 7 sampai pukul 8 malam. Kadang pukul 7 malam sampai 11 pagi esoknya. Kadang ke hospital pada hari off untuk teaching atau CME (Continuous medical education).

Makan juga tidak menentu. Kadang bertahan dengan makanan ringan saja seharian suntuk. Kadang pukul 1,2 pagi order nasi goreng ikan masin sama telur mata kerbau dengan air jus buah.

Manis dan masin sudah pasti.

Begitulah timbulnya soalan, "Doktor , sihatkah?"

Sedang seorang muslim sudah diingatkan, antara nikmat yang selalu dilupakan ialah sihat sebelum sakit. 

Seolah si ghuraba terlupa tubuh badan yang sihat juga antara muasafat tarbiah. 

Waktu pagi si ghuraba hanya merenung bangunan batu berkembar dari beranda rumah. Tidak menarik minat si ghuraba yang lebih cintakan pokok nyiur di kampung.


Tuesday, February 2, 2016

General OT

Si ghuraba sekarang bertugas di bahagian gynaecology di bangunan utama HKL.

Hari selasa dan jumaat pula masuk ke general operation theatre.

Kes yang pernah si ghuraba assist antaranya TLHBSO, vaginal hystrectomy, pelvic floor repair, diagnostic laparoscopic.

Sebagai houseman, tidaklah banyak sumbangan si ghuraba dalam setiap procedure pembedahan. Tetapi sedikit sebanyak memberi pendedahan dan kefahaman kepada si ghuraba bagaimana setiap procedure dijalankan.

Si ghuraba dapati berada dalam OT kena lebih mujahadah untuk jaga mata dari melihat benda haram dan tidak perlu.

Begitu juga ketika mengalihkan pesakit. Hanya menyentuh bahagian yang diperlukan sahaja.

Ya, orang tidak nampak.

Allah nampak.

Si ghuraba berdoa semoga diberi kekuatan untuk menjaga agamanya di semua tempat, termasuk ketika dalam OT.

Monday, December 21, 2015

Minda seorang doktor



Apabila melihat seorang doktor yang sangat komited dengan tugasannya , saya sering tertanya-tanya, apakah yang bermain dalam fikirannya, bagaimanakah dia melihat profession seorang doktor?

Ini beberapa perkara yang dapat saya rumuskan. 

 Belajar lebih penting dari bersiar-siar. Anda perlu belajar apa yang anda tidak tahu dan mengulangkaji apa yang anda lupa. 

Anda tidak kisah untuk belajar walaupun in the hardest ways. Kadangkala anda dimarahi MO atau specialist untuk mendapat satu perkataan ilmu baru!

Keseronokan ialah apabila anda mampu memberi yang terbaik kepada pesakit anda berdasarkan ilmu pengetahuan yang betul dan diiktiraf oleh mereka yang pakar. 

Keseronokan ialah apabila anda dapat aplikasikan apa yang anda pelajari kepada pesakit anda. 

Keseronokan ialah apabila anda dapat selesaikan persoalan teman-teman ada tentang apa sahaja management pesakit. 

Anda tidak melatah jika datang new cases. Anda gembira menyambut pesakit anda. Anda ibaratkan mereka seperti ahli keluarga anda yang datang untuk menghilangkan penderitaan mereka. 


Anda tidak kisah jika malam atau hari anda berjaga di ward penuh dengan pesakit atau new admissions.

Anda hanya mahu berikan yang terbaik untuk mereka. 

Anda tidak culas dalam melaksanakan tugasan anda. Perubatan ialah satu pekerjaan berpasukan.

Anda tidak sampai hati untuk curi tulang atau tidur ketika rakan anda sedang bertungkus lumus clerking new cases. Anda tidak meninggalkan rakan pasukan anda ketika kerja anda sudah selesai.

Ihsan atau rasa diperhatikan Allah menjadi prinsip anda.
4.        

Monday, December 7, 2015

Change your white coat regularly.




Change your white coat regularly as Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA) can spread by wearing a dirty white coat. 

Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) is a bacterium responsible for several difficult-to-treat infections in humans. It is also called oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA).[1] MRSA is any strain of Staphylococcus aureus that has developed, through the process of natural selection, resistance to beta-lactam antibiotics, which include the penicillins (methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin, etc.) and the cephalosporins. Strains unable to resist these antibiotics are classified as methicillin-sensitive Staphylococcus aureus, or MSSA” –Wikipedia.