Thursday, November 5, 2015

Sebulan di HKL



Sudah sebulan si ghuraba mendaftar diri sebagai pegawai perubatan siswazah.

Bermula dengan Prgram Transformasi Minda pada 5-9/10/2015 , kemudian mengikuti orientasi di HKL bermula 12-19/10/2015, seterusnya mengikuti tagging period di Jabatan OnG bermula 20-29/10/2015, sehinggalah sekarang si ghuraba sudah dimasukkan ke dalam jadual housemanship Kumpulan B, bertugas untuk menjaga Labour Room. 

Hari pertama si ghuraba bertugas selepas selesai temph tagging ialah pada 2/11/2015 hari Isnin ( walaupun belum offtag lagi kerana belum buat assessment lagi).

Hari pertama bekerja si ghuraba terus ditugaskan untuk shif malam , bermula pukul 7pm-11am keesokannya.
Untuk labour room yang ada lebih kurang 20 bilik bersalin, ada 2 orang HO dan 2 orang MO yang berjaga untuk shif malam, selain daripada sekumpulan staf nurse yang berpengalaman.

No comments:

Post a Comment