Monday, December 21, 2015

Minda seorang doktor



Apabila melihat seorang doktor yang sangat komited dengan tugasannya , saya sering tertanya-tanya, apakah yang bermain dalam fikirannya, bagaimanakah dia melihat profession seorang doktor?

Ini beberapa perkara yang dapat saya rumuskan. 

 Belajar lebih penting dari bersiar-siar. Anda perlu belajar apa yang anda tidak tahu dan mengulangkaji apa yang anda lupa. 

Anda tidak kisah untuk belajar walaupun in the hardest ways. Kadangkala anda dimarahi MO atau specialist untuk mendapat satu perkataan ilmu baru!

Keseronokan ialah apabila anda mampu memberi yang terbaik kepada pesakit anda berdasarkan ilmu pengetahuan yang betul dan diiktiraf oleh mereka yang pakar. 

Keseronokan ialah apabila anda dapat aplikasikan apa yang anda pelajari kepada pesakit anda. 

Keseronokan ialah apabila anda dapat selesaikan persoalan teman-teman ada tentang apa sahaja management pesakit. 

Anda tidak melatah jika datang new cases. Anda gembira menyambut pesakit anda. Anda ibaratkan mereka seperti ahli keluarga anda yang datang untuk menghilangkan penderitaan mereka. 


Anda tidak kisah jika malam atau hari anda berjaga di ward penuh dengan pesakit atau new admissions.

Anda hanya mahu berikan yang terbaik untuk mereka. 

Anda tidak culas dalam melaksanakan tugasan anda. Perubatan ialah satu pekerjaan berpasukan.

Anda tidak sampai hati untuk curi tulang atau tidur ketika rakan anda sedang bertungkus lumus clerking new cases. Anda tidak meninggalkan rakan pasukan anda ketika kerja anda sudah selesai.

Ihsan atau rasa diperhatikan Allah menjadi prinsip anda.
4.        

Monday, December 7, 2015

Change your white coat regularly.




Change your white coat regularly as Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA) can spread by wearing a dirty white coat. 

Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) is a bacterium responsible for several difficult-to-treat infections in humans. It is also called oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA).[1] MRSA is any strain of Staphylococcus aureus that has developed, through the process of natural selection, resistance to beta-lactam antibiotics, which include the penicillins (methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin, etc.) and the cephalosporins. Strains unable to resist these antibiotics are classified as methicillin-sensitive Staphylococcus aureus, or MSSA” –Wikipedia.

Thursday, November 5, 2015

Sebulan di HKL



Sudah sebulan si ghuraba mendaftar diri sebagai pegawai perubatan siswazah.

Bermula dengan Prgram Transformasi Minda pada 5-9/10/2015 , kemudian mengikuti orientasi di HKL bermula 12-19/10/2015, seterusnya mengikuti tagging period di Jabatan OnG bermula 20-29/10/2015, sehinggalah sekarang si ghuraba sudah dimasukkan ke dalam jadual housemanship Kumpulan B, bertugas untuk menjaga Labour Room. 

Hari pertama si ghuraba bertugas selepas selesai temph tagging ialah pada 2/11/2015 hari Isnin ( walaupun belum offtag lagi kerana belum buat assessment lagi).

Hari pertama bekerja si ghuraba terus ditugaskan untuk shif malam , bermula pukul 7pm-11am keesokannya.
Untuk labour room yang ada lebih kurang 20 bilik bersalin, ada 2 orang HO dan 2 orang MO yang berjaga untuk shif malam, selain daripada sekumpulan staf nurse yang berpengalaman.

Friday, September 18, 2015