Sudah sebulan si ghuraba mendaftar diri sebagai pegawai perubatan
siswazah.
Bermula dengan Prgram Transformasi Minda pada 5-9/10/2015 ,
kemudian mengikuti orientasi di HKL bermula 12-19/10/2015, seterusnya mengikuti
tagging period di Jabatan OnG bermula 20-29/10/2015, sehinggalah sekarang si ghuraba sudah dimasukkan ke dalam jadual housemanship Kumpulan B, bertugas untuk
menjaga Labour Room.
Hari pertama si ghuraba bertugas selepas selesai temph tagging ialah
pada 2/11/2015 hari Isnin ( walaupun belum offtag lagi kerana belum buat
assessment lagi).
Hari pertama bekerja si ghuraba terus ditugaskan untuk shif malam
, bermula pukul 7pm-11am keesokannya.
Untuk labour room yang ada lebih kurang 20 bilik bersalin,
ada 2 orang HO dan 2 orang MO yang berjaga untuk shif malam, selain daripada sekumpulan
staf nurse yang berpengalaman.