Sunday, February 7, 2016

Bersihkan diri di rumah Allah selepas kerja.

Di hospital si ghuraba terdedah kepada benda haram dan syubhat.

Mengumpat.

HO mengumpat MO.

HO mengumpat sama HO.

SN mengumpat patients.

Bila si ghuraba join dengar sekali dan layan si ghuraba juga dapat saham pahala. Apatah lagi bila si ghuraba menambah garam dan perisa ketika majlis makan daging manusia.

Kan mengumpat ibarat kita makan daging saudara kita?

Melihat aurat.

Pesakit dalam ward pakai pakaian ringkas saja. Aurat memang selalu terdedah. Bukan senang untuk tidak pandang pada aurat kerana tugasan memerlukan kita berhadapan dengan pesakit.

Menyentuh peaakit wanita.

Dari procedure yang ringkas seperti ambil darah, periksa pulse manually, sehingga pemeriksaan speculum, vaginal examination, atau assist semasa dalam ot. Doktor tidak boleh mengelak. Tapi doktor boleh minimumkan setakat yang perlu.

Solat.

Terutama ketika hari yang sibuk. Solat boleh jadi lewat atau luar waktu jika tidak kena gaya.

Balik dari tempat kerja banyakkan istighfar. Kita mungkin secara sengaja atau tidak terlibat dengan yang dia atas.

Hadir ke rumah Allah. 'Bersihkan diri' di rumah Allah dengan solat, istighfar dan sedekah.

Doa semoga dijauhkan dari melakukan maksiat.

No comments:

Post a Comment