Tuesday, February 2, 2016

General OT

Si ghuraba sekarang bertugas di bahagian gynaecology di bangunan utama HKL.

Hari selasa dan jumaat pula masuk ke general operation theatre.

Kes yang pernah si ghuraba assist antaranya TLHBSO, vaginal hystrectomy, pelvic floor repair, diagnostic laparoscopic.

Sebagai houseman, tidaklah banyak sumbangan si ghuraba dalam setiap procedure pembedahan. Tetapi sedikit sebanyak memberi pendedahan dan kefahaman kepada si ghuraba bagaimana setiap procedure dijalankan.

Si ghuraba dapati berada dalam OT kena lebih mujahadah untuk jaga mata dari melihat benda haram dan tidak perlu.

Begitu juga ketika mengalihkan pesakit. Hanya menyentuh bahagian yang diperlukan sahaja.

Ya, orang tidak nampak.

Allah nampak.

Si ghuraba berdoa semoga diberi kekuatan untuk menjaga agamanya di semua tempat, termasuk ketika dalam OT.

No comments:

Post a Comment